Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, June 4, 2010

pesanan dari seorang hamba..

assalamualaikum...

semalam U kami dikunjingi kanak2 dari sekolah rendah Felda Chemomoi...sungguh teruja budak2 ni dan paling tidak pun mesti ada di antara diorang ni yang menanam cita2 nak masuk U nanti..hmmm mesti lah tu pasal diorang ni mesti terdiri dari mereka2 yg terpilih...

Pada kami yang menyambut kedatangan diorang ni pulak, mungkin sanagt teruja bila dapat mendengar motivasi "menjadi insan cemerlang" dari Tn Hj. Nazri Mohd Noor.hmm beliau ni bakal doktor tgh buat PHD.Insya Allah saya pun akan berada di tempat yang sama satu hari nanti..antara isi motivasi yang sangat menarik perhatian ialah:

Faktor Pemakanan:

Jangan makan,

  • susu + daging
  • daging+ ikan
  • ikan + susu
  • ikan+telur
  • ikan + daun salad
  • susu + cuka
  • buah + susu

(jangan makan makanan tersebut serentak)contohnya buah+susu macam dlm minuman koktel.

Sebabnya tindakbalas ion dalam zat2 makanan tersebut akan mengundang penyakit seterusnya menumpulkan minda kita. Pada mulanya saya pun blur tentang apa yang beliau katakan.Apa yang saya tahu cuma tak boleh campur makanan laut dan darat serentak dlm masakan..rupanya ada banyak lagi maklumat yg saya tak tahu..lepas je sesi motivasi tu, saya google, cari semua maklumat dan baca..sekarang, saya dah boleh cerita kat semua orang dengan lebih detail..terutama pada student2 saya sem depan.

Waktu belajar yang sesuai ialah pada waktu

1) Alpha

  • 8pm - 10pm
  • 2am - 4 am
  • 9am - 12pm
  • 3pm - 5pm

2) Beta - waktu selepas waktu alpha (10pm -2am)

  • waktu ni sesuai untuk bangun dan melakukan solat2 sunat.solat tahajuud dan sebagainya.

Aura Warna dalam kehidupan. sekiranya kita ikut aura warna dalam pemakaian kita, hasil kajian mendapati 78% kita akan jadi lebih bijak dari orang lain. warna2 ni memberi tindakbalas ion yang terkandung dengan alam sekeliling. Ia adalah perbicaraan atau interaksi antara alam sekitar yang diluar kawalan manusia. dikatakan juga warna hijau pada hari jumaat kerana para malaikat turun ke bumi dengan memakai jubah berwarna hijau..

  • Isnin - Putih
  • selasa - Biru
  • Rabu - Pink
  • Khamis - kuning / oren
  • Jumaat - hijau
  • Sabtu - merah
  • Ahad - hitam

dan last sekali ialah untuk membentuk hubungan mesra antara keluarga, para ibu bapa, suami isteri haruslah:

  • sentiasa berdoa (surah as-syura ayat 19) -untuk melembutkan hati anak2, suami dan isteri..berdoalah di dahi mereka iaitu di sudut jewel (lbh kurang di kedudukan dahi)
  • sentiasa peluk dan cium anak2 atau pasangan.(pekupkan tapak tgn di telinga anak2 dan ciumlah sambil berdoa di ubun2 mereka.
  • menggunakan warna2 mengikut aura warna.
  • menggunakan aroma terapi yang sesuai (tindak balas ion)
  • sentiasa berkata benar walaupun pahit
  • sentiasa mengatakan sayang.

Insya Allah sama2 lah kita cuba. Melihatkan kepada kehidupan dan amalan yang di amalkan oleh Tn. hj Nazri sekeluarga, saya amat teruja..sesungguhnya saya juga berdoa agar di kekalkan kebahagiaan di dunia dan akhirat di samping anak2 yang soleh..