Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, June 4, 2010

pesanan dari seorang hamba..

assalamualaikum...

semalam U kami dikunjingi kanak2 dari sekolah rendah Felda Chemomoi...sungguh teruja budak2 ni dan paling tidak pun mesti ada di antara diorang ni yang menanam cita2 nak masuk U nanti..hmmm mesti lah tu pasal diorang ni mesti terdiri dari mereka2 yg terpilih...

Pada kami yang menyambut kedatangan diorang ni pulak, mungkin sanagt teruja bila dapat mendengar motivasi "menjadi insan cemerlang" dari Tn Hj. Nazri Mohd Noor.hmm beliau ni bakal doktor tgh buat PHD.Insya Allah saya pun akan berada di tempat yang sama satu hari nanti..antara isi motivasi yang sangat menarik perhatian ialah:

Faktor Pemakanan:

Jangan makan,

  • susu + daging
  • daging+ ikan
  • ikan + susu
  • ikan+telur
  • ikan + daun salad
  • susu + cuka
  • buah + susu

(jangan makan makanan tersebut serentak)contohnya buah+susu macam dlm minuman koktel.

Sebabnya tindakbalas ion dalam zat2 makanan tersebut akan mengundang penyakit seterusnya menumpulkan minda kita. Pada mulanya saya pun blur tentang apa yang beliau katakan.Apa yang saya tahu cuma tak boleh campur makanan laut dan darat serentak dlm masakan..rupanya ada banyak lagi maklumat yg saya tak tahu..lepas je sesi motivasi tu, saya google, cari semua maklumat dan baca..sekarang, saya dah boleh cerita kat semua orang dengan lebih detail..terutama pada student2 saya sem depan.

Waktu belajar yang sesuai ialah pada waktu

1) Alpha

  • 8pm - 10pm
  • 2am - 4 am
  • 9am - 12pm
  • 3pm - 5pm

2) Beta - waktu selepas waktu alpha (10pm -2am)

  • waktu ni sesuai untuk bangun dan melakukan solat2 sunat.solat tahajuud dan sebagainya.

Aura Warna dalam kehidupan. sekiranya kita ikut aura warna dalam pemakaian kita, hasil kajian mendapati 78% kita akan jadi lebih bijak dari orang lain. warna2 ni memberi tindakbalas ion yang terkandung dengan alam sekeliling. Ia adalah perbicaraan atau interaksi antara alam sekitar yang diluar kawalan manusia. dikatakan juga warna hijau pada hari jumaat kerana para malaikat turun ke bumi dengan memakai jubah berwarna hijau..

  • Isnin - Putih
  • selasa - Biru
  • Rabu - Pink
  • Khamis - kuning / oren
  • Jumaat - hijau
  • Sabtu - merah
  • Ahad - hitam

dan last sekali ialah untuk membentuk hubungan mesra antara keluarga, para ibu bapa, suami isteri haruslah:

  • sentiasa berdoa (surah as-syura ayat 19) -untuk melembutkan hati anak2, suami dan isteri..berdoalah di dahi mereka iaitu di sudut jewel (lbh kurang di kedudukan dahi)
  • sentiasa peluk dan cium anak2 atau pasangan.(pekupkan tapak tgn di telinga anak2 dan ciumlah sambil berdoa di ubun2 mereka.
  • menggunakan warna2 mengikut aura warna.
  • menggunakan aroma terapi yang sesuai (tindak balas ion)
  • sentiasa berkata benar walaupun pahit
  • sentiasa mengatakan sayang.

Insya Allah sama2 lah kita cuba. Melihatkan kepada kehidupan dan amalan yang di amalkan oleh Tn. hj Nazri sekeluarga, saya amat teruja..sesungguhnya saya juga berdoa agar di kekalkan kebahagiaan di dunia dan akhirat di samping anak2 yang soleh..

Monday, May 31, 2010

mencari sinar..

satu perubahan besar akan berlaku dalam hidup kami suami isteri.yang mana suamiku akan menyambung pelajarannya ke peringkat master. Tinggallah lagi aku di sini ditemani ibubapaku dan mertua...
Pengorbanan suami sangat ku hargai kerana berani mengambil risiko demi mengejar cita2..pada pandangan kasar orang sekelililng mungkin x seberat bahunya yang memikul tanggungjawab..saat ini baru ku tahu, betapa Allah itu maha mengetahui lagi maha adil..setiap rezeki yang kami perolehi, ditarik olehnya sedikit nikmat agar kami menjadi hamba yang sentiasa bersyukur...
Walau apa pun yang berlaku, susah senang suami mengejar impian akan kudokong dari belakang.InsyaAllah segala-galanya akan berakhir dalam sedikit masa lagi..
renungkanlah kata2 pujangga ini, semoga kalian beroleh sesuatu.
"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan".
"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita".
Ku doakan semoga suamiku sentiasa tabah dalam mengharungi hidup2 yang mendatang sebagai seorang student.

Tuesday, December 22, 2009

MARAH vs AMARAH kenapa perlu ada?

satu tragedi yang membuatkan aku rasa sangat2 nak marah.....
  • bila org buat keje tak betul pastu claim yg dia dah buat yang terbaik..tp hasilnya taklah seGAH mana pun..standard kedai lelong tp letak harga mcam 5star level. ..
  • bila ada org yang suka nak amik kesempatan atas keNaifan org TUA aku..

Menggelegak jiwa bila tengok hasil kerja diorg semalam..tapi...atas kehendak org tuaku, aku pun xleh nak bising2..OK aku pun agreed.sonyap jolah den pun haa..terimo seado nya.

Masalahnya, setan2 masih dok berlegar2 dlm jiwo den ni ha..eiii masih panas membara..nak marah sgt tp nak marah sapa??aku diam membisu pasal nak kawal marah td.huh tp dlm jiwa tuhan maha tahu..waktu sembahyang maghrib, berimamkan suami.masih rasa nak marah tp tahan lagi..pas sembahyang,aku ngadu kat suami, camne ni, rasa nak marah sgt..dia tanya nak marah siapa? aku jawab nak marah org wat wiring umah makabah..dia senyap, dia bangun, amik quran dan mengaji..aku dengar dia ngaji..sambil bongkok macam bersujud..tarik nafas pjg2..hembus..tarik..hembus..sambil berzikir..hampir keluar air mata aku lawan perasaan marah tu..lama jugak aku buat...akhirnya lega..

Pengajaran yang aku dapat semalam,betapa hebatnya syaitan2 yang dilaknat...kuasa dia mengayat manusia sangat hebat hingga x terdaya aku sorg nak lawan..tp ada satu kuasa yang maha hebat..Allah Yang Maha Esa..Hanya padaNyalah tempat kita berserah dan memohon..semoga kita semua mendapat petunjuk.ameen

Wednesday, October 28, 2009

I slipped my tongue...

sejak akhir2 ni, email rasmi staff uitm Pahang dipenuhi oleh email yg berbaur kemarahan..pasal parking.masalah berbangkit ni...sampai sekarg xde penyelesaian. alasan yg diberikan oleh pihak keselamatan ialah x cukup staff nak pi check sticker student ke staff. hakikatnya hanya mereka saje yg tahu...
masalah ni disebabkan oleh student yg suka block kete2 pensyarah lebih2 lagi kereta yg parking di bawah bumbung (VIP). naik angin ler deme pasal x leh kuar kete.banyak urusan tergendala. saya sendiri pernah mengalami situasi begini. nak pergi kelas dekat ilqam (kalau jln kaki dekat 1 km jugak ler) tak daye..kata org pahang.nasib member pun ada kelas kt sana.so, tumpang dia je.
masalahnye sekarg bukan soal parking.tapi bahasa yg digunakan dlm email tersebut agak mengancam nyawa sesiapa jua yg membacanya.apetah lagi bila kesalahan tu ditujukan ke batang hidung seseorang..mau terbakar. maka sebab itu, berlakulah perang email.masing2 nak pertahankan diri sendiri..elok lah tu tapi tolong lah jaga bahasa deme..
memang bila marah, kita akan express perasaan marah kita..macam2 kata2 nista akan keluar.tidak dinafikan ..saya juga kdg kala begitu..tapi perkara begini membuatkan saya berfikir betapa ia mengaibkan..next time cuba x mo buat dah...kita pun tahu...yg melaga2 kan perasan kita itu adalah syaitan nir rajim....disebalik rasa marah tu pasti tersimpan sikit perasaan yg suci..cuba kita intai dimanakah perasaan itu....ok?
so, pesanan utk kawan2 semua,jgn la marah2...nanti muka cepat berkedut..nafas asik semput2...perut semakin gendut..tulang pun mereput..akhirnya, dunia kelam kabut.....adios!!

Thursday, October 22, 2009

Cerita di Maybank.......

Bismillahirahmanirrahimmm..

salam semua...hari ni merupakan hari yang sangat bahagia sebabnya pagi tadi semasa membuat urusan pengeluaran dan menyimpan wang di bank2 di jengka ni..secara sengaja telah berlaku satu insiden yang amat memberi inspirasi dan menginsafkan..

ceritanya bermula begini...pagi tadi, selepas mengeluarkan wang di bank islam, aku pergi la ke maybank pulak nak simpan duit menggunakan mesin cash deposit. Ada la beberapa org sedang beratur menunggu giliran. depan sekali ialah seorg lelaki tua (seusia abahku) sedang menekan2 punat di mesin tersebut. Dlm hatiku berkata "mesti lambat sebab org tua selalunya terkial2 nak gunakan mesin tersebut. maklumlah bila guna teknologi2 ni, diorg tak celik sgt'. Tapi x semuanye begitu.kadang2 ada juga yang mahir mengalahkan anak2 muda yang langsung x pernah gunakan mesin tersebut..(hmm 2 aras manusia yg lain tapi sama dr segi ilmunya). Bukan nak mengata tapi, itulah hakikatnya...

Dah jadi tabiatku, setiap kali beratur menunggu giliran, aku akan melihat jam mengira berapa lama setiap org akan ambil untuk menyelesaikan urusan2 mereka, kemudian, aku akan berkira2 dlm hati waktu bila plak giliran aku akan tiba....hmmm lamanya..x suka menunggu.

Tiba2 kami dikejutkan oleh bunyi yg sangat nyaring dr. mesin tersebut mungkin kerana info yang dimasukkan x betul agaknya..pakcik td membebel2 sorg diri..kemudian pak guard dtg dan marah2..katanya"tekan situ...tekan no..tekan situ..tekan sini...bla2..tekan..tekan...(dengan penuh eksyen memberi arahan) maklumlah dia sorg je yg pegang senapang panjang kat jengka ni...kesian pakcik tu. belakang pakcik tu ada sorg lelaki muda sambil tgk2 jam(lagaknya cam aku gak lah kot..hehe seorg yg mementingkan masa ataupun risau dah lama kuar ofis tanpa izin bos..hehe) sambil merengus marahkan pakcik tu..kesian lagi kat pak cik tu...

Aku plak beratur belakang lelaki yg kuar ofis tanpa izin bos td (hehe agak la kot) ..dlm hati, kenapelah pakcik ni tak mau mintak tolong..selalunya makcik2 yg tak pandai guna kan mesin tu selamba je mintak org2 yg ada kat situ masukkan duit mereka..tanpa diminta, aku pun ke depan berdiri sebelah pakcik td dan berkata "meh pakcik, saya tolong"..pakcik tu pun terus beri kertas yg tertulis no akaun dan nama anak dia tu kat aku..aku pun tolong lah sampai selesai..pastu pakcik tu pun mengucapkan terima kasih yg tak henti2 kat aku......hehe rasa bangga sgt.

Moralnyer:

  • dari menrengus, baik ler tolong org..hish tak faham tol
  • jangan belagak walaupun pndai pakai mesin tu..pasal nya masa mula2 dulu pun kita camtu gak...
  • jangan berlagak walaupun keje kat bank dan pegang senapang pjg..bukan leh tembak org pun.entah2 aksesori je tu
  • dan.......yang paling penting, kalu tak tahu...bertanya lah....kalau tak sesat selama2nya..

Wednesday, October 14, 2009

hai............
soal hati...........
siapa peduli..........
soal rasa...........
jiwa terseksa.............